akastuki's nuff

Sunday, April 11, 2010

Saudara Seislam : )


Assalamualaikum

(Dalam Fikiran)

masih lagi dalam kebingungan dan tidak tahu hendak tulis apa. Cume ingin menaip apa yang munasabah terlintas difikiran saya. Saya dan anda semua manusia biasa yang punyai banyak kelemahan tetapi dalam pada masa yang sama pernah kita terfikir ingin memperbaiki kekurangan diri setiap waktu ????


Rakan-rakan blog dan pembaca blog yang dikasihi : )
saya ingin berkongsi satu cerita. Dimana , dalam beberapa hari yang lepas. Selepas saya menghantar adik saya bekerja malam kira-kira waktu isyak . Saya berhasrat untuk singgah di masjid ( hehehe mugkin sbb dh lame tak pegi huhuhu malunye ). Setelah saya melangkahkan kaki kedalam pintu masjid saya melihat ada ceramah disitu. Lalu saya pun duduk sementara menunggu untuk solat isyak berjemaah.( huhu lame tk dengar ceramah tu.... malunye )

Ilmu yang dicurahkan ( ce.......wah ) oleh pencermah (ustaz) sungguh unik sekali iaitu tentang ketauhidan, tentang kepercayaan atau pegangan kita kepada Allah. Setelah Setengah jam berlalu, apabila ustaz tersebut hendak memberi kata-kata penutup untuk majlis ilmu itu.Lalu terdapat seorang pemuda arab bangun dan pergi kearah ustaz tersebut ( igtkan nak bg derma hehehe )

Rupa-rupanya pemuda arab tersebut memberi dan berkongsi suatu yang lebih beharga dari wang beratus, beribu , berjuta dan beratus juta didalam kocet anda. Pemuda tersebut sebenarnya beliau meminta kebenaran untuk bercakap, iaitu tentang bahaya Syiah dan juga pengaruhnya yang telah masuk di Sekitar Malaysia ( Negara tercinta kita ). Apa yang hendak dikongsi adalah bermula dengan penceritaan beliau sedikit tentang Syiah. Kemudian beliau bercerita tentang pengaruh yang disebarkan ke Malaysia. Dimana Mereka membekalkan dadah.......( kemungkinan ada pendapat dikalangan mereka berkata dadah tu boleh kot.........), kelonggaran mut'ah didalam syi'ah dan bermacam lagi. Saya tidak mengetahui sejauh mana kebenarannya cerita beliau....... jadi wahai....... pemegang Ahli Sunnah Wal Jamaah Berhati-hatilah : )

Saya tidak mengatakan Syi'ah ini Buruk kerana saya tidak mengetahui secara terperinci tentangnya. Akan tetapi ada pendapat mereka sehingga mengkafirkan para sahabat kecuali Saidina Ali dan mengatakan Wahyu tersalah turun iaitu sepatutnya kepada Saidina Ali itu adalah sudah Melampau !!!!!! . Bagi saya Saidina Ali ( KaramALLAH hu Wajhah) tidak bersalah beliau sahabat Rasul tercinta yang terunggul, akan tetapi mereka yang bersalah..... Marilah Sama-sama Saudara seislam yang tersayang kita mengkaji dan fikirkan tentang masalah ini :)

Maka Setelah selesai pemuda arab itu bercakap , maka ustaz memberi kata-kata penutup kemudian solatlah isyak lalu bersurai : ) jika saya tersalah cakap tegurlah ye : )